Matt Davies interview
“Saya hanya mempunyai perkara yang baik untuk dikatakan tentang kelab dan orang di sini, dan saya menyukainya setiap detik.
“Saya datang dari Liga Australia dan pada pandangan saya, tiada satu pun kelab di Liga A yang mempunyai fasiliti, protokol, barisan kejurulatihan dan pengurusan seperti ini. Jadi ianya sangat menakjubkan untuk berada di sini. Saya sangat bertuah dan bersyukur sebagai pemain bola sepak untuk mengalami fasiliti ini dan tahap perhatian yang diberikan kepada para pemain.
“Perkara-perkara kecil seperti makanan sihat yang disediakan kepada anda selepas latihan. Sejurus selesai latihan, anda mempunyai mesin krioterapi, sauna infra merah, bilik pemulihan, mandian ais… ianya sangat menakjubkan jika dilihat tahap perhatian yang diberikan kepada pemain-pemain. Ianya perkara-perkara kecil dari segenap sudut. Kelab ini diuruskan dengan sangat baik.”
— Matt Davies