“WE ARE LIKE A EUROPEAN CLUB BASED IN MALAYSIA, THE MENTALITY IS EXACTLY THE SAME.” — LUIS GARCIA ON DAILY MAIL
British tabloid Daily Mail published an interview with Johor Darul Ta’zim (JDT) chief executive officer Luis Garcia on the Southern Tigers being on a world-record run of 113 domestic matches unbeaten, thus continuing its remarkable rise under the leadership and vision of His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor.
Reflecting on his first meet with His Royal Highness, Garcia said: “From that opportunity, I understood his vision, the work he is behind and the journey they have been through since 2012 and what he wants to achieve with JDT… The amount of work, commitment and determination to make JDT the biggest club in south-east Asia is incredible.”
Daily Mail reported JDT’s achievements — the world record, a 12 consecutive league titles and a quarter-final appearance in the AFC Champions League Elite last season. The club also scored 117 goals in 24 league matches, conceded just 10 and won all but one of its fixtures.
Garcia described JDT’s footballing culture by saying: “We are like a European club based in Malaysia, the mentality is exactly the same.” He also highlighted the club’s academy, which is run by coaches trained in Spain, as part of its approach to developing young players.
“We are always trying to plan in advance. We want our youth teams to be successful and win trophies,” said Garcia.
Beyond the pitch, JDT continues to expand its international presence through commercial partnerships with brands including Nike, Hublot and Toyota. The club is also introducing JDT+, an initiative designed to bring supporters around the world closer to the club through behind-the-scenes access and potential documentaries.
Source: https://www.dailymail.com/…/How-ex-Liverpool-star-Luis…
Hidup Johor Demi Johor
———
“KAMI SEPERTI KELAB EROPAH YANG BERPANGKALAN DI MALAYSIA, DENGAN MENTALITI YANG SAMA SEPENUHNYA.” — JELAS LUIS GARCIA KEPADA DAILY MAIL
Tabloid British, Daily Mail telah menerbitkan satu temu bual bersama Luis Garcia, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT) mengenai kejayaan Harimau Selatan mencatat rekod dunia dengan 113 perlawanan domestik tanpa kalah, sekali gus meneruskan peningkatan luar biasa kelab itu di bawah kepimpinan dan visi Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Mengimbas kembali pertemuan pertamanya dengan Baginda, Garcia berkata: “Melalui peluang tersebut, saya memahami visi baginda, usaha yang digerakkan serta perjalanan yang telah dilalui sejak tahun 2012, termasuk apa yang ingin dicapai baginda bersama JDT… Jumlah usaha, komitmen dan keazaman untuk menjadikan JDT kelab terbesar di Asia Tenggara sememangnya luar biasa.”
Daily Mail turut melaporkan mengenai pencapaian JDT — rekod dunia tersebut, kejayaan menjuarai liga selama 12 musim berturut-turut serta mara ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC Elit pada musim lalu. Kelab itu juga menjaringkan 117 gol dalam 24 perlawanan liga, hanya dibolosi 10 gol dan memenangi semua perlawanan kecuali satu sahaja seri.
Garcia menggambarkan budaya bola sepak JDT dengan berkata: “Kami seperti sebuah kelab Eropah yang berpangkalan di Malaysia, dengan mentaliti yang sama sepenuhnya.” Beliau turut menekankan peranan akademi JDT, yang dikendalikan oleh barisan jurulatih terlatih dari Sepanyol, sebagai sebahagian daripada pendekatan kelab dalam membangunkan pemain muda.
“Kami sentiasa berusaha membuat perancangan lebih awal. Kami mahu pasukan-pasukan muda kami berjaya dan memenangi trofi,” jelas Garcia.
Di luar padang, JDT terus memperluas kehadiran antarabangsa menerusi kerjasama komersial dengan jenama-jenama terkemuka termasuk Nike, Hublot dan Toyota. Kelab itu juga bakal memperkenalkan JDT+, sebuah inisiatif yang dirangka untuk mendekatkan para penyokong di seluruh dunia dengan kelab menerusi akses kepada kandungan eksklusif di sebalik tabir serta potensi penerbitan dokumentari.
Sumber: https://www.dailymail.com/…/How-ex-Liverpool-star-Luis…
